Monday, 27 February 2012

Rempah Ratus

Kata "rempah" berasal dari perkataan lama Perancis "espice" yang lalu berubah menjadi "epice" yang berasal dari awalan Latin "spec" or "species". Rempah Ratus didefinisikan sebagai biji kering, buah, akar, kulit kayu, atau bahan tumbuhan yang digunakan didalam makanan sebagai aditif makanan untuk perisa, warnaatau bahan pengawet yang membunuh bakteria berbahaya atau menyekat pertumbuhan bakteria itu. Rempah Ratus juga digunakan untuk tujuan lain seperti untuk pengubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi, atau dimakan sebagai sayuran. 

Sejarah
Beratus-ratus tahun dahulu, Malaysia merupakan pusat dagangan rempah. Banyak pedagang dari negara-negara timur maupun barat datang untuk mendapatkan rempah-rempah. Bahkan, salah satu alasan negara-negara dari barat menjajah negara-negara bagian timur adalah kerana rempah ratus yang terdapat di negara tersebut. Ini kerana iklim dan kesuburan tanah di negara baqian timur cocok untuk pertumbuhan rempah tersebut. Hari ini, rempah ratus telah menjadi sebahagian daripada adunan makanan banyak budaya-budaya didunia dan telah mengaitkan antara makanan barat dan timur.

Contoh beberapa Rempah Ratus Melayu
Halia

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan, sos dan bakeri. Rempah ini terdapat dalam beraneka macam bentuk seperti halia segar, halia kering, halia bergula dan juga boleh diproses menjadi serbuk halia. Halia boleh didapat di pasaran dan juga pasaraya. Harga halia juga tidak mahal. Di Singapura halia boleh didapat dengan harga kira-kira $4/kg.

Disini kita boleh lihat pemakaian halia serbuk dalam pembuatan gingerbread : http://www.youtube.com/watch?v=mReyrZY1SLY

Kayu Manis

Kulit kayu manis digunakan untuk menumis dan menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Serbuknya juga digunakan untuk membuat cinnamon roll dan pai epal pada masakan barat. Seperti rempah ratus lain, di Singapura kayu manis boleh didapat dengan mudah dan harga kayu manis juga tidaklah mahal. Kayu manis boleh didapat dengan harga kira-kira $1.20/100g.

Disini kita boleh lihat pemakaian kayu manis dalam pembuatan cinnamon melts http://www.youtube.com/watch?v=T4t3IaRVZhM

Lada

Lada merupakan perisa makanan yang memberi rasa pedas. Lada banyak digunakan dalam berbagai macam dan jenis makanan dari ulam sampai hidangan utama. Harga lada sangat terjangkau, lada boleh didapat dengan harga kira-kira $1.50/100g.


Disini kita boleh lihat bagaimana menggunakan lada dalam membuat makanan, contohnya adalah blackpepper steak http://www.youtube.com/watch?v=nDI2ant9o4U


Kunyit
Kunyit banyak digunakan pada masakan seperti kari dan juga memberi warna kuning pada makanan. Beberapa orang juga gemar memakannya sebagai ulam. Dikeranakan banyak orang memakai kunyit sebagai dasar makanan harian mereka, harga kunyit yang terjangkau tidak menyusahkan mereka. Kunyit boleh didapat dengan harga kira-kira $9.80/kg.


Disini kita boleh lihat contoh penggunaan serbuk turmeric dalam membuat makanan yang mempunyai dasar kari seperti cabbage tomato curry : http://www.youtube.com/watch?v=cyIm988Rj0M





No comments:

Post a Comment